Sukan

KENALI MARCUS RASHFORD, PEMAIN PUJAAN BAHARU MANCHESTER UNITED

Siapakah pemain sensasi terbaru Manchester United, Marcus Rashford? Sebelum ini hanya beberapa jurulatih kelab mengenalinya namun dia telah menjadi tajuk utama di Macnhester dalam tempoh seminggu! DARI MANA DIA DATANG?!

Untuk pengetahuan anda, Rashford diberi kepercayaan oleh pengendali Louis van Gaal untuk mengetuai jentera serangan The Red Devils tatkala kecederaan melanda kesemua penyerang senior menjelang satu perlawanan dianggap ‘wajib menang’ bagi memastikan perjalanan Eropah tidak berkecai.

Rashford menjaringkan dua gol pada penampilan pertamanya malam itu. Beberapa hari kemudian, Rashford muncul wira sekali lagi namun kali ini berdepan pesaing ketat Liga Perdana Inggeris iaitu Arsenal. Rashford meledakkan dua gol dalam masa dua minit! Empat gol daripada dua perlawanan, memang menakjubkan!

Marcus Rashford, 18, berasal dari negeri kesayangannya Manchester dan memulakan karier bolasepaknya seawal umur 5 tahun ketika menjalani latihan di Fletcher Moss Rangers. Kelab pengilapan itu juga bertanggungjawab melahirkan beberapa nama-nama terkenal Manchester seperti Wes Brown, Danny Welbeck dan Ravel Morrison.

Dari segi permainan, Rashford beroperasi sebagai penyerang namun dia juga pernah mengambil tempat sebagai perancang utama belakan seorang lagi penyerang. Memiliki rembatan yang cukup kencang, magisnya adalah kemampuan menjaringkan gol dari posisi dan sudut aneh.

Bekas pemain Manchester United, Nicky Butt berkata:” Marcus boleh ‘meletup’ pada bila-bila masa! Pada masa yang sama, dia seorang yang rajin dan bertenaga di atas padang.

Diharapkan Rashford diberi kepercayaan buat kali ketiga dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris seterusnya menentang Watford.

Sumber: http://www.mirror.co.uk/sport/football/news/who-marcus-rashford-man-united-7440077

Tags
Show More

Related Articles