Sukan

Filipina Gagal Penuhi Syarat, Malaysia Jadi Hos Piala Suzuki Aff 2016?

Peminat bola sepak Malaysia mula pasang impian tinggi susulan keputusan ‘tarik diri’ yang terpaksa diambil oleh negara Filipina sebagai tuan rumah Piala Suzuki AFF 2016, hujung tahun ini.

Filipina dipaksa tarik diri oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFF) setelah Rizal Memorial Stadium gagal menepati syarat yang ditetapkan sebagai venue utama kejohanan.

Ini disebabkan Rizal Memorial Stadium hanya boleh menampung 15,000 penyokong, perbezaan yang agak besar berbanding dengan syarat minimum 30,000 yang ditetapkan badan induk AFF. Untuk pengetahuan anda, stadium tersebut merupakan kubu utama skuad nasional Filipina.

Menurut Setiausaha Agung AFF, Azzuddin Ahmad: “Pada masa ini, salah satu negara sama ada Vietnam, Singapura dan Malaysia akan menggantikan Filipina sebagai tuan rumah edisi 2016.

Persatuan bolasepak Vietnam sudah membuat permohonan untuk menganjur kejohanan status Asia Tenggara itu bersama negara jiran Myanmar.

Manakala, Singapura (tuan rumah bersama Vietnam, 2014), juga membuat permohonan tetapi keadaan stadium utama Singapura, Stadium Jalan Besar juga pernah dianggap sebagai kurang memuaskan setelah kejohanan tamat.

Ia membuka peluang emas buat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk mengambil kesempatan sekali gus memberi motivasi kepada pemain-pemain Harimau Malaysia untuk menggandakan usaha mereka tahun ini.

Sumber: http://www.spin.ph/football/azkals/news/philippines-hosting-suzuki-cup-aff-disapproves-rizal-memorial-football-stadium

Tags
Show More

Related Articles