Antarabangsa

Dipaksa Minta Maaf, Pelajar U.S. Menangis Berdepan Sidang Media Korea Utara

PYONGYANG: Otto Frederick Warmbier, seorang pelajar dari University of Virginia ditahan ketika melawat negara Korea Utara setelah dituduh cuba mencuri banner Korea Utara, yang mengandungi slogan politik di hotel Pyongyang.

Dikhabarkan sidang media tersebut adalah permintaannya sendiri dan ia mendapat kebenaran daripada kerajaan Korea Utara. Bagaimanapun, video tersebut menyaksikan Otto meminta maaf dengan sepenuh hati sambil melabelkan kesalahannya sebagai satu ‘tindakan ganas’.

Otto mendedahkan dia melakukan kesalahannya atas permintaan sebuah gereja di Amerika Syarikat yang juga bekerjasama dengan Central Intelligence Agency (CIA).

“Saya melakukan jenayah dengan cuba ambil slogan politik dari ruang kakitangan di Yanggakdo International Hotel.”

“Saya tidak patut membenarkan diri saya melakukan jenayah tersebut atas permintaan pentadbiran Amerika Syarikat. Saya harap pentadbiran Amerika Syarikat tidak akan memanipulasi orang seperti saya pada masa akan datang untuk melakukan jenayah terhadap negara-negara asing. Saya sepenuhnya mohon maaf kepada anda, rakyat dan kerajaan DPRK atas segala kesilapan saya. Tolong! Saya melakukan kesilapan terbesar dalam hidup saya!,”

Kenyataan tersebut merupakan satu yang mendebarkan kerana Otto dilihat seolah-olahnya dipaksa untuk bercakap seperti dalam video tersebut.

Selain itu, ibubapa Otto sudah pun diberitahu mengenai anak mereka yang masih berada bawah jagaan kerajaan Korea Utara.

Sukar untuk percaya tetapi rakaman video harus ditonton!

Berita penuh, layari: http://edition.cnn.com/2016/02/28/asia/north-korea-otto-warmbier/

Tags
Show More

Related Articles