Sukan

Chong Wei Tekad Rampas Gelaran Seluruh England Dari China

Ikon badminton negara, Datuk Lee Chong Wei tekad menghentikan dominasi negara China dalam Kejohanan Terbuka Seluruh England apabila misi merampas takhta bermula 8 Mac ini.

Chong Wei muncul juara pada tahun 2010, 2011 dan 2014 namun bekas pemain No. 1 dunia itu telah menyertai tujuh perlawanan final secara keseluruhan. Manakala, dua pemain utama China iaitu Chen Long dan Lin Dan telah memenangi 10 gelaran secara keseluruhan sejak tahun 2002.

Kejohanan Seluruh England nyata medan kegemaran atlet China.

Bagaimanapun, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) boleh hembus nafas lega apabila Chong Wei mendapat undian perlawanan yang menyaksikan pemain no.3 dunia itu berjumpa salah satu daripada Chen Long atau Lin Dan.

Tatkala tahun 2016 merupakan tahun Sukan Olimpik, kejohanan berprestij merupakan satu tanda soal buat Malaysia baru-baru ini. Ia susulan keputusan BAM menarik semula beberapa atlet negara daripada aksi tersebut dengan tujuan fokus kepada kejohanan lain yang boleh menang.

Apapun, Chong Wei tetap menjadi sandaran utama negara tahun ini dalam aksi penting untuk menguji raket pesaing ketatnya menjelang Sukan Olimpik di Rio de Janeiro, Brazil pada Ogos.

Sumber: http://www.stadiumastro.com/Arena/Berita/Penuh.aspx?id=191136&title=hendrawan-bimbang-ancaman-chen-long-lin-dan

Tags
Show More

Related Articles