Sukan

BILA WAKTU TERBAIK MINUM ‘PROTEIN SHAKE’?

Secara ringkasnya, proses bersenam dan membina otot adalah satu proses yang sebenarnya memecah dan menghancurkan otot anda. Kemudian, otot akan menjalani satu proses pemulihan semula dan itu merupakan waktu yang perlu dimanfaatkan seorang individu dengan minuman protein.

Bagaimanapun, kajian mendedahkan prsoses pemulihan bukanlah satu yang singkat malah boleh mengambil masa beberapa hari untuk pulih ke tahap yang lebih mantap. Sebagai seorang yang ingin mulakan pembinaan otot dan badan, harus diperingatkan anda perlu makan jumlah protein (selain minuman protein) yang mencukupi pada setiap hari.

SELEPAS BERSENAM: Sesi pemulihan otot bermula sebaik tamat bersenam! Protein diserapkan oleh otot anda dengan lebih baik selepas bersenam setelah otot-otot dipecahkan. Badan anda telah membakar segala hormon dan nutrien sebelum ini, mutahaknya anda menggantikan kehilangan itu dengan minuman protein sebanyak 20-30 gram.

SEBELUM BERSENAM: Memang benar waktu selepas bersenam adalah yang paling penting. Namun, anda perlu ingat bahawa persiapan anda sebelum bersenam juga akan menentukan prestasi anda ketika bersenam. Jaga pemakanan anda sebelum bermula dan pastikan pengambilan protein anda berlaku kira-kira 30-45 minit sebelum bersenam. PEngambilan protein sebelum bersenam juga memberi tenaga lebih untuk mencapai presatsi yang lebih baik.

SEPANJANG HARI: Pengambilan protein perlu konsisten setiap masa! Bukan sahaja sebelum dan selepas bersenam, bagaimana dengan 20 jam lain? Pastikan anda mencara makanan protein tinggi sekurang-kurangnya tiga kali sehari jika mahu memantapkan otot anda. Elak daripada mengharapkan minuman protein sahaja!

HARI REHAT: Begitu juga dengan hari di mana anda tidak ke gim untuk bersenam. Menurut kajian, pemulihan otot adalah satu proses yang boleh ambil masa sehingga beberapa hari lepas. Kekurangan pengambilan protein boleh menjejaskan atau mengurangkan kadar pembinaaan otot anda. Walaupun anda tidak ke gim, jika anda mengekalkan pengambilan protein apda setiap hari, otot anda sentiasa mengembang.

Sumber: http://www.mensfitness.com/nutrition/supplements/best-time-day-drink-your-protein-shake?platform=hootsuite

Tags
Show More

Related Articles