AntarabangsaHiburan

Akhirnya Leo Menang Oscar Melalui ‘The Revenant’

Setelah 5 pencalonan Oscar, akhirnya Leonardo DiCaprio berjaya pulang dengan trofi emas Oscar yang selama ini terlepas dari tanganya.

Leonardo, dinobatkan sebagai Pelakon Terbaik dalam wataknya di dalam filem “The Revenant”.

Pelakon itu juga sempat berucap, “I do not take this night for granted (Saya tidak akan sia-siakan malam ini).”

Terdahulu, Leo pernah dicalonkan di dalam pencalonan Oscar melalui lakonannya di dalam ‘ What’s Eating Gilbert Grape’, ‘The Aviator’, ‘Blood Diamond’ dan juga ‘The Wolf of Wall Street’.

“Saya bersyukur kepada ‘The Academy’ dengan pengiktirafan mereka terhadap filem ini. Membuat ‘The Revenant’ adalah salah satu pengalaman yang paling bermanfaat dan bekerjasama dalam hidup saya. Ini semua tidak akan terjadi jika tiada bakat, visi, dan penentuan dari Alejandro. Krew kami yang berdedikasi juga berhak berkongsi saat ini. Bersama, mereka mencipta sinematik yang sangat unik. Tahniah juga kepada rakan pencalonan saya untuk musim kali ini. Terima kasih Academy”, kata Leo dalam ucapannya.

‘The Revenant’ mendahului pencalonan Anugerah Academy dengan 12 pencalonan. Pengarah, Alejandro González Iñárritu juga memenangi anugerah pada malam tersebut.

Show More

Related Articles