Tempatan

RM1.1 Juta Diperuntukkan Kepada Pusat Latihan Polis Ulu Kinta

IPOH: Kementerian Kewangan telah memperuntukkan RM1.1 juta untuk kerja-kerja pembaikian bangunan Pusat Latihan Pasukan Gerakan Am (PLPGA) Ulu Kinta, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata, peruntukan itu termasuk RM800,000 untuk membaiki empat blok kuarters polis dan bakinya akan digunakan untuk membaiki bangunan pejabat Persatuan Keluarga Polis.

“Kita sedar tentang peranan mereka dalam melindungi negara dan diharapkan peruntukan ini boleh membantu pusat latihan ini menjalankan lebih banyak aktiviti.

“Bangunan ini telah bertukar usang dan perlu diperbaiki,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke PLPGA dan menyerahkan peruntukan kepada komander PLPGA Supt Rosli Abas, di sini semalam.

 

Sumber: http://www.theborneopost.com/2016/02/28/finance-ministry-allocates-rm1-1-million-for-repair-of-ulu-kinta-police-training-centre/

Show More

Related Articles