Hiburan

Kesan Cawan Kopi Inspirasi ‘PostCups’ Yang Comel

Postcups ini telah mewujudkan satu kreativiti yang sangat menakjubkan. Ia merupakan satu poskad yang unik daripada artis yang berpangkalan di Singapura.
Artis Li Jun Pek yang menggunakan nama samaran “Ink Julep,” dan Jenn Perng telah menghasilkan poskad dengan karya seni yang hanya dapat diselesaikan dengan penambahan kesan hitam kopi bulat dari cawan anda dipanggil “PostCups.”
Pasangan ini bekerja di syarikat pengiklanan dan telah mengeluarkan 7 design PostCups di Etsy.  Antara lukisan mereka ialah panda dan roda feris.
Pasangan pereka ini sebenarnya gemar meminum kopi. Malah idea ciptaan poskad ini datang daripada kesan kopi yang meleleh di pinggir cawan dan melekat di atas meja..
“Kami mula perasan bahawa kotoran cawan kopi adalah antara perkara yang timbul semasa meminum kopi. Meja pejabat kami berwarna putih dan ia sangat jelas kelihatan apabila ia kotor,” kata Pek.
“Kami mahu mengubahnya menjadi sesuatu yang istimewa. Kerana kami semua pencinta kopi dan setiap kotoran adalah unik. Apa kata kita tukar kekotoran ini menjadi satu yang sangat cantik.”
Sumber: http://www.huffingtonpost.com/
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker