Hiburan

Cap hitam kesan cawan kopi inspirasi ‘PostCups’ yang comel

Poskad ini telah mewujudkan sebuah kreativiti yang sangat menakjubkan.
Artis yang berpangkalan di Singapura, Li Jun Pek yang menggunakan nama samaran “Ink Julep,” dan Jenn Perng telah mereka poskad dengan karya seni yang hanya dapat diselesaikan dengan penambahan kesan hitam kopi bulat dari mug anda dipanggil “PostCups.”
Pasangan ini yang bekerja di syarikat pengiklanan telah mengeluarkan 7 design PostCups yang berbeza yang boleh didapati di Etsy. Lukisan mereka yang dicap dengan kesan hitam dari kopi menjadi coretan yang terdiri daripada panda comel dan juga roda ferris.
Pasangan pereka ini sebenarnya menggemari minuman kopi sebenarnya datang dengan idea daripada kegusaran dengan kesan kopi yang meleleh daripada cawan yang melekat di meja..
“Kami mula perasan bahawa kotoran cawan kopi adalah antara kegusaran yang timbul semasa meminum kopi. Meja pejabat kami adalah putih dan ia sangat jelas kelihatan kekotorannya,” kata Pek. “Kami mahu mengubahnya menjadi sesuatu yang istimewa. Kerana kami semua pencinta kopi dan setiap kotoran adalah unik.”
Apa kata kita tukar kekotoran ini menjadi satu yang sangat cantik.
Sumber: http://www.huffingtonpost.com/
Show More

Artikel Berkaitan.