Tempatan

Bagi Menangani Banjir Kilat SOP Semasa Akan Disemak

KUCHING: Kerajaan akan mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil pihak berkuasa tempatan, agensi-agensi berkaitan, dan juga pakar-pakar dalam tempoh dua minggu akan datang bagi mencari penyelesaian jangka panjang kepada masalah banjir kilat di bandar.

“Kami sedang mengkaji dengan serius tentang perkara ini. Kami akan cuba mencari cara untuk mengurangkan kejadian banjir kilat dalam projek-projek pembangunan masa depan semasa mesyuarat ini.

“Kami mungkin perlu melihat ke dalam SOP semasa (Standard Operating Prosedur) dan juga kelulusan projek-projek pembangunan masa depan,” kata Menteri Perumahan, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg pada sidang media yang diadakan di Grand Margherita di sini, kelmarin.

Menurut Abang Johari, sistem perparitan di bandar ini hanya boleh menampung sehingga 180mm hujan, yang merupakan antara sebab utama banjir semalam.

“Kawasan-kawasan lain (di Kuching) merekodkan jumlah hujan melebihi 200mm. Reka bentuk sistem perparitan sedia ada tidak mampu menampung hujan begitu banyak lalu menyebabkan berlakunya banjir kilat,” ujar beliau lagi.

 

Sumber: http://www.theborneopost.com/2016/02/28/current-sop-may-be-revised-to-address-frequent-flash-floods-abg-johari/

Show More

Related Articles