Gaya Hidup

8 Fakta Tentang Sumbang Mahram (Incest)

 

Sumbang mahram adalah satu bentuk penderaan seksual yang amat traumatik kerana ia mampu menghancurkan kepercayaan seseorang terhadap orang-orang  rapat yang sepatutnya menyayangi dan melindungi mereka iaitu ahli keluarga, saudara-mara dan sebagainya. Gejala ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tanpa mengira pangkat atau usia seperti bayi, kanak-kanak prasekolah, remaja dan juga orang dewasa.

Tetapi, terdapat banyak kes sumbang mahram yang berlaku dikalangan kanak-kanak. Di sini, kami senaraikan beberapa fakta yang anda perlu tahu tentang hal ini:

 

incest_woman

  1. Sumbang mahram boleh berlaku tetapi kebanyakan orang tidak suka untuk membincangkannya.

 

676x380

  1. 75-80% daripada mangsa yang mengalaminya dicabul oleh seseorang yang mereka kenal. Sebagai contoh adalah ahli keluarga, saudara-mara atau kawan-kawan rapat.

 

Flowers-in-the-Attic-e1397250730797

 

  1. 95% daripada semua pesalah yang dilaporkan adalah lelaki. Penderaan seksual oleh pelaku perempuan mungkin kurang dilaporkan dan boleh termasuk: keintiman yang tidak sopan, menggeletek atau menyentuh kemaluan kanak-kanak, mengintai kanak-kanak semasa mereka mandi atau menukar pakaian.

 

couple99

  1. Pelaku Sumbang mahram adalah individu yang tertarik kepada kanak-kanak dan sanggup bertindak kepada daya tarikan itu. Umumnya, mereka tidak sakit mental atau “berbeza”.

 

heterosexual-homosexual-couples

  1. Pesalah itu boleh menjadi seorang yang pedophile, homoseksual atau lelaki heteroseksual.

 

images

  1. Kanak-kanak tidak mungkin untuk membuat cerita sumbang mahram yang tidak sebenarnya berlaku.

 

Reading-to-kids

  1. Kanak-kanak yang didera secara seksual biasanya belajar pada usia yang sangat muda, di mana mereka harus bertindak secara provokatif untuk mendapatkan sesuatu. Kemudian, mereka akan keliru dan mula menyamakan cinta dengan seks. Mereka juga akan menggunakan unsur seksual untuk mendapatkan kasih sayang. Orang dewasa melabelkan tingkah laku mereka sebagai ‘menggoda’.

 

illustration-of-child-abuse-and-pedophilia-on-february-26th-2005-in-france

  1. Kanak-kanak yang mengalaminya mungkin akan mempunyai perasaan berbelah bahagi terhadap pesalah. Mereka mungkin suka akan ‘perhatian’ yang diberi dan pesalah itu mungkin dilihat sebagai sangat penyayang daripada mata mereka.

 

Sumber: http://www.bahamascrisiscentre.org/incestbrochure.pdf

Show More

Related Articles