Isu SemasaTempatan

Wanita Pun Pandai Membuli?

Gejala buli bukanlah sesuatu perkara yang baru, malah sering kali juga kita dengar kes-kes buli yang berlaku dikalangan wanita. Bagi menjawab persoalan mengapa mereka membuli adalah kerana: mereka belajar tabiat itu dari rumah; mereka rasa tidak yakin dengan diri sendiri; mereka ingin rasa berkuasa; mereka mahukan tumpuan; dan mereka ada masalah peribadi.

Sekiranya si pembuli meneruskan perbuatan yang tidak bermoral ini, ia akan menyebabkan mangsa buli mengalami kesan jangka panjang yang serius. Berikut adalah beberapa kesan yang akan dialami oleh mangsa buli:

  • Kemurungan
  • Bunuh diri
  • Penyakit fizikal (sakit kepala, sakit perut, ulser)
  • Masalah tidur
  • Masalah akademik
  • Kerap menukar sekolah
  • Kurang keyakinan diri
  • Kehilangan atau pertambahan berat badan
  • Emosi terjejas
  • Kecederaan fizikal yang serius
  • Kerosakan harta
  • Masalah dengan hubungan pada masa hadapan
  • Keinginan untuk membalas dendam

 

Tetapi, bagaimanakah cara pembuli ini menjalankan “tugas” mereka? Walaupun sesetengah daripada mereka menggunakan kekerasan fizikal untuk membuli, pembulian dikalangan wanita adalah lebih tersorok dan kurang fizikal daripada membuli dikalangan lelaki. Antara jenis-jenis buli adalah:

44fbea90-905e-0132-441c-0ebc4eccb42f

  • Serangan secara lisan: mereka lebih menggunakan taktik seperti gosip, nama-panggilan yang tidak menyenangkan yang boleh menghina mangsa mereka.

 

78194512

  • Pemulauan: salah satu cara yang paling biasa adalah dengan memulaukan atau membuang mangsa daripada kalangan mereka sendiri

 

Is-Cyber-Bullying-More-Common-With-Girls

  • Serangan secara online: pembuli siber menggunakan komputer untuk menghantar e-mel atau mesej yang jahat kepada mangsa mereka melalui pelbagai saluran seperti  mesej segera, blog, dan juga laman chat.

 

bully-girls

  • Teknik menakut-nakutkan/mengugut: Tindakan seperti mencuri wang makan tengah hari atau mengancam untuk memukul adalah cara pembuli untuk membuli mangsa.

 

Girls-laughing-cyberbully

  • Panggilan telefon palsu/prank call: panggilan telefon daripada orang yang tidak dikenali adalah cara biasa di kalangan mereka.

 

Teknik-teknik buli diatas mungkin bunyinya tidak begitu ‘berbahaya’, tetapi percayalah, kelakuan negatif tersebut boleh memudaratkan seseorang individu dari pelbagai aspek  terutamanya kesihatan fizikal dan juga mental.

Sebagai masyarakat yang prihatin haruslah mengambil berat dan tidak memandang perkara ini dengan sebelah mata. Ia menjadi kewajipan setiap individu untuk memainkan peranan masing-masing dalam mendidik dan membimbing antara satu sama lain untuk membendung gejala buli ini.

 

 

Sumber: http://www.eduguide.org/article/girls-who-bully-what-when-where-why-and-how

Show More

Related Articles