Gaya HidupKesihatan

Kemurungan Selepas Bersalin?

Postnatal Depression

Kemurungan selepas bersalin adalah sejenis kemurungan yang ramai ibu bapa alami selepas bersalin Ramai wanita mengalami perubahan mood selepas melahirkan bayi. Bagi sesetengah wanita, tekanan dan perubahan emosi selepas bersalin boleh mengakibatkan kemurungan yang kuat, kebimbangan, menyendiri, cepat marah dan hilang keseronokan dalam aktiviti biasa.

Kemurungan ini akan mengganggu pembinaan hubungan antara ibu dan anaknya dan juga mengakibatkan tekanan dalam hubungan antara ibu bapa.

Simptom kemurungan yang bermula semasa mengandung atau selepas bersalin adalah sama dengan yang berlaku pada bila-bila masa lain dalam kehidupan seorang wanita, tetapi ia lebih fokus kepada kesejahteraan bayi itu, atau perasaan takut mereka sendiri. Antara simptom simptomnya adalah:

  • Perasaan sedih dan tiada mood yang berterusan
  • Kekurangan keseronokan dan kehilangan minat dalam dunia luar
  • Kekurangan tenaga dan rasa letih sepanjang masa
  • Masalah tidur pada waktu malam dan mengantuk pada siang hari
  • Sukar untuk menjalinkan hubungan dengan bayi anda
  • Tidak mahu bergaul dengan orang lain
  • Susah untuk fokus dan membuat keputusan
  • Pemikiran yang membahayakan – sebagai contoh, mahu mencederakan bayi anda

 

Kemurungan selepas bersalin ini akan menyebabkan rasa kesunyian, bimbang, dan takut, tetapi dengan sokongan dan rawatan yang mencukupi, akan dapat memulihkan perasaan tersebut. Antara rawatannya adalah:

 

461188985

  • Menolong diri sendiri : bercakap dengan keluarga dan rakan-rakan tentang perasaan anda dan apa yang mereka boleh lakukan untuk membantu; membuat masa untuk diri sendiri untuk melakukan perkara yang anda minati; berehat apabila anda mempunyai peluang itu dan mendapatkan lebih banyak tidur pada waktu malam; bersenam sekali sekala; makan makanan yang sihat

 

drug-abuse-counselors

  • Terapi psikologi – Doktor anda mungkin dapat menyarankan kursus untuk membangunkan diri anda, atau boleh merujuk anda untuk kursus terapi, seperti terapi tingkah laku kognitif

 

antidepressants

  • Antidepresan – ini boleh disyorkan jika kemurungan anda adalah lebih teruk atau rawatan lain tidak membantu; doktor anda boleh memberikan ubat yang selamat untuk diambil dalam tempoh penyusuan.

 

Pada keseluruhannya, sekiranya perkara ini berlaku kepada anda, ianya lebih baik untuk tidak berdiam diri dan sebaliknya duduk dikalangan orang yang anda sayang untuk menyelesaikan hal-hal ini.

 

Sumber: http://www.blackdoginstitute.org.au/public/depression/inpregnancypostnatal/postnataldepressionpnd.cfm , http://www.nhs.uk/conditions/postnataldepression/pages/introduction.aspx

Tags
Show More

Related Articles