Tempatan

Kebakaran Di Hutan Batu Caves Terkawal

KUALA LUMPUR: Hutan sekitar bukit batu kapur di Batu Caves terbakar pagi semalam, melibatkan kawasan seluas kira-kira 12 hektar.

“Kawasan di mana kebakaran itu berlaku terletak kira-kira satu kilometer dari Kuil Sri Subramaniyar, Batu Caves, dipercayai akibat daripada pembakaran sampah oleh pihak-pihak tertentu.

“Jabatan bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran pada 10:42 pagi dan tiba di tempat kejadian tujuh minit kemudian,” kata Mohd Sani Harul, Penolong Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor di sini, semalam.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati kebakaran yang berlaku pada enam puluh meter itu menghasilkan asap yang amat tebal.

“Walaubagaimanapun, tiada yang cedera dalam kemalangan terbabit,” ujarnya lagi.

 

Sumber: http://www.theborneopost.com/2016/02/27/fire-at-batu-caves-limestone-hill-forest-contained/#ixzz41Kcp0Fmo

Show More

Related Articles