Tempatan

Akibat Diserang, Seorang Lelaki Menerima 8 Jahitan

MIRI: Seorang lelaki telah dipukul di kepala oleh tiga orang penceroboh di sebuah premis di Pujut 6, kira-kira jam 2:30 pagi Jumaat.

Mangsa yang berusia 40-an itu menerima sekurang-kurangnya lapan jahitan di kepalanya akibat serangan itu.

“Ketika saya baru sahaja tiba di kawasan itu saya melihat sesuatu yang mencurigakan,” kata mangsa yang tidak mahu namanya disiarkan.

“Tiba-tiba seseorang muncul dari premis itu dan mula memukul saya berulang kali di kepala menggunakan objek tumpul. Saya terkejut pada mulanya tetapi kemudian saya bangkit untuk mempertahankan diri saya.

“Kemudian dua orang daripada mereka datang dan mula memukul saya,” ujarnya lagi.

Suspek kemudian melarikan diri dengan sebuah kereta.

Dipercayai ketiga-tiga suspek terbabit telah menceroboh ke dalam premis tersebut dan terkejut apabila mereka melihat mangsa yang tiba-tiba muncul di tempat kejadian.

 

Sumber: http://www.theborneopost.com/2016/02/27/man-receives-8-stitches-after-being-attacked/#ixzz41KgS1nxv

Show More

Related Articles