Tempatan

Biasiswa JPA Ditukar Menjadi Pinjaman

 

KUCHING: Dalam portal rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) – Pembangunan Modal Insan (eSILA), JPA mengumumkan bahawa “semua biasiswa JPA akan ditukarkan dalam bentuk pinjaman tetapi ia boleh ditukar dalam mekanisme perjanjian pinjaman di bawah tiga keadaan”.

 

Portal itu berkata, pinjaman boleh ditukar menjadi biasiswa dan graduan dikecualikan daripada membayar semula sekiranya mereka bekerja di sektor awam selepas tamat pengajian.

 

Memetik laporan The Borneo Post, sekiranya graduan bekerja dalam syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC), mereka hanya perlu membayar semula separuh daripada jumlah pinjaman yang sepatutnya.

 

Menurut portal itu lagi, pemegang pinjaman yang tidak bekerja di sektor awam atau GLC perlu membayar semula jumlah penuh.

 

Sementara itu, Menteri Kebajikan, Wanita, dan Pembangunan Keluarga, Datuk Fatimah Abdullah, ketika dihubungi berkata, beliau tidak terkejut dengan keputusan itu.

 

Beliau berharap agar apabila ekonomi Malaysia kembali pulih, akan ada perubahan terhadap keputusan JPA.

 

 

Sumber: http://www.theborneopost.com/2016/02/25/jpa-scholarship-converted-to-loan/

 

Show More

Related Articles