Hiburan

Superhero Melayu muncul dalam DC Comics!

Jika ada yang baca komik Batgirl #32 yang diterbitkan pada tahun 2014, seorang watak bernama Munira Khairuddin yang juga mempunyai nama kod Obscura telah muncul.

Nama memang nama perempuan Melayu tetapi betul ke dia seorang gadis Melayu dan berasal dari Malaysia??

 

FilePic: DC Comics
Sumber Gambar: DC Comics

Di dalam komik keluaran DC Comics yang terkenal dengan watak seperti Batman, Superman, Wonder Woman, Flash serta Green Lantern, Munira Khairuddin mempunyai latar belakang yang kompleks.

Cerita Munira di dalam komik tersebut merupakan seorang gadis Melayu yang sedang melanjutkan pelajaran di Gotham University dan berkawan dengan Barbara Gordon yang juga dikenali sebagai Batgirl.

Pada usia 18 tahun, dia diambil oleh kerajaan Amerika ke dalam sebuah kumpulan elit untuk menjadi perisik dan menyekat terorisme.

 

FilePic: retcon-punch.com
Sumber Gambar: retcon-punch.com

 

Persoalan tentang adakah benar watak Munira di dalam komik terkenal itu adalah orang Malaysia terjawab apabila penulis cerita yang telah mereka watak tersebut, Gail Simone telah mengesahkan bahawa watak tersebut orang Malaysia.

Gail Simone telah membuat pengumuman tersebut di dalam dua post di tumblr.

Gail memerihalkan Obscura sebagai “a Malaysian Muslim woman in Batgirl (the Barbara Gordon one), working as a top espionage fighter in the Spy Smasher division.” – Seorang wanita Islam di dalam Batgirl (versi Barbara Gordon) bekerja sebagai pejuang risikan di dalam devisi Spy Smasher.

 

Pic: Tumblr
Sumber Gambar: Tumblr

 

Seorang blogger bernama Jaymee Goh telah menulis di dalam blognya pada Disember 2014 tentang bagaimana DC Comics telah menghubunginya untuk meminta tolong mewujudkan Munira.

“Kami bersama mewujudkan Munira Khairuddin, seorang perisik kepada Batgirl dan menyusun semula Spy-Smasher/Katrina Armstron,” kata Jaymee.

“Wataknya sedikit sebanyak adalah berdasarkan kawan saya, Munira Mustaffa, seorang wanita Melayu yang sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang keselamatan di UK dengan penyelidikan tentang terrorisme di Asia Tenggara.”

Sudah tentu dia adalah watak yang menarik untuk dinanti-natikan dalam komik Batgirl yang akan datang.

Sumber: MalaysianDigest

Show More

Related Articles