Antarabangsa

Pesawat Hilang Tara Air Ditemui Nahas Terhempas

JOMSOM – NEPAL: Berikutan kes kehilangan sebuah pesawat Tara Air jenis Twin Otter di Nepal semalam, ia dilaporkan telah ditemui terhempas di kawasan pergunungan di sana.

Insiden malang ini telah meragut nyawa kesemua 21 orang penumpang yang berada di dalam pesawat itu.

“Kesemua 21 penumpang pesawat terkorban dalam nahas tersebut,” kata Menteri Pelancongan dan Penerbangan Nepal, Ananda Pokharel.

Menurut laporan, penduduk di bandar kecil bernama Myagdi terkejut apabila melihat kepulan asap tebal dan api yang marak dari sebuah hutan.

Sejurus penampakan itu, mereka dengan segera menghubungi pihak berkuasa dan kemudian menemui bangkai pesawat yang terhempas itu.

Setakat ini, punca nahas belum diketahui dan masih dalam siasatan.

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/global/pesawat-hilang-ditemui-terhempas-21-terkorban-1.489137

Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker