Anda mungkin seorang yang bekerjaya dan sentiasa sibuk untuk mengambil rutin pemakanan yang sihat dengan cekap. Ataupun anda adalah seorang yang tidak cukup rajin atau tidak begitu arif dalam hal-hal memasak dan pemakanan yang sihat, tetapi anda masih mempunyai keinginan untuk makan dan hidup dengan sihat. Jangan risau! Bagi pos kali ini, kami akan memaparkan 3 menu hidangan yang amat mudah bagi anda!
- OMELET HERBA DENGAN TOMATO CERI
Waktu penyediaan: 8 minit
Bahan-bahan:
6 biji tomato ceri
1 sudu besar olive oil
Secubit garam & lada hitam
3 biji telur
Segenggam daun herba campur (Pasli & Kucai)
Cara Penyediaan:
Potong setengah kesemua tomato ceri itu. Masukkan tomato ceri tersebut ke dalam kuali yang telah dipanaskan dengan olive oil. Perasakan dengan garam dan lada hitam. Goreng selama 1-2 minit dengan api yang sederhana sehingga tomato lembut.
Sementara menunggu tomato masak, pukul telur di dalam mangkuk. Kemudian, taburkan campuran daun herba tadi kepada tomato yang sedang digoreng dan tuangkan telur ke dalam kuali. Kacau dengan segera dan goyangkan sedikit kuali itu untuk meratakan telur. Apabila omelet anda hampir masak, tutup api dan lipat omelet anda menggunakan spatula. Hidang secepatnya.
2. SMOOTHIE BERI & YOGURT
Waktu penyediaan: 2 minit
Bahan-bahan:
1/5 genggam rasberries
1/5 genggam blackberries
3 sudu besar yogurt rendah lemak
1 cawan sudu besar susu segar tanpa lemak
1 sudu besar sirap tanpa gula
Cara Penyediaan:
Letak kesemua bahan di atas ke dalam blender, dan blend sehingga ianya mencapai konsisten yang anda inginkan. Hidang dalam gelas bersama ais (optional).
3. WRAPS BERI CAMPUR DENGAN YOGURT GREEK
Waktu Penyediaan: 5 minit
Bahan-bahan:
Buah beri campur
Yogurt Greek rendah lemak
Roti Tortilla gandum (whole-grain)
1 sudu besar madu
Cara Penyediaan:
Dengan menggunakan sudu, sapu madu ke atas roti tortilla dengan rata. Taburkan beberapa buah beri campuran tadi ke atasnya. Tuangkan yogurt Greek, dan balut roti tortilla.
Mudahkan semua menu ini? Jadi, apa tunggu lagi? Marilah cuba menu yang kami cadangkan ini untuk hidup yang lebih sihat dan cergas!
Sumber: http://www.lifehack.org/articles/lifestyle/15-delicious-and-healthy-recipes-for-lazy-people.html