AntarabangsaMakan & Minum

Lelaki Ini Memasak Untuk 170 000 Penduduk Yang Terkandas Dalam Banjir

Bandar Chennai di India mengalami musim monsun paling teruk dalam masa 100 tahun. Keadaan ini telah menyebabkan kehidupan harian penduduk Chennai terkandas dan beribu-ribu orang hidup tanpa rumah, makanan atau bekalan air bersih.

Wira tempatan

Dalam peristiwa huru-hara tersebut, wira tempatan dari Chennai muncul dan berjuang untuk menghadapi alam semula jadi dengan daya tahan dan kesungguhan bagi menjaga ibukotanya untuk terus hidup.

Lelaki mulia ini memasak makanan harian selama empat hari tanpa henti dan tidak tidur, menyediakan 170,000 kotak makanan bagi orang yang memerlukan. Pada mulanya, Santosh Muruganantha, yang memiliki restoran, telah bertanggungjawab untuk menyediakan semua makanan itu sendiri.

Mengumpulkan sukarelawan

Beliau bukan sahaja terlibat dalam menyediakan makanan kepada masyarakat yang terkandas malah beliau turut mengumpulkan lebih 300 pelajar sukarelawan-kolej, orang tua, dan golongan dermawan untuk menyumbang bersama-sama satu ribu kit penjagaan diri bagi orang-orang di kampung-kampung yang terpencil yang tidak menerima kit bantuan dan memberi sumbangan kepada mereka.

food for flood victims Indian boy-milaap video

Sumbangan

“80 peratus daripada sumbangan datangnya dari Milaap,” kata Santhosh, menggambarkan pembiayaan yang diterimanya dari organisasi mikro-pinjaman yang mengumpul pinjaman kecil daripada rakyat di seluruh dunia untuk faedah kepada golongan miskin di Afrika dan Asia.

Muruganantha juga tidak pulang ke rumah untuk tidur dan seorang yang dianggap hero baru kepada rakyat di rantau Tamil Nadu.

 

]

 

Sumber: goodnewsnetwork.org

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker