Gaya HidupKesihatan

Kanser Payu Dara Boleh Berulang Lagi Selepas Sembuh?

146fd9abf21fbbafd9bd4beceade132d

Sekiranya anda pernah mengalami kanser payudara, potensi untuk ia berulang lagi sekali atau merebak dan menjadi kanser payudara metastatik adalah tinggi. Kanser payudara metastatik adalah kanser payudara tahap ke-4 yang telah merebak ke bahagian-bahagian badan anda. Anda juga perlu tahu bahawa ia juga boleh didiagnos oleh orang-orang muda, dan juga lelaki.

Tanda-tanda bagi kanser ini bergantung kepada sejauh mana kanser payudara anda telah merebak. Berikut adalah beberapa gejala yang berbeza-beza mengikut lokasi yang sering dikaitkan dengan kanser payudara metastasik,

 

Metastasis dalam tulang boleh menyebabkan:

bone_gc

  • Sakit yang teruk dan progresif
  • Bengkak
  • Tulang lebih mudah patah atau pecah

 

Metastasis pada otak boleh menyebabkan:

nrclinonc.2009.84-f1

  • Sakit kepala atau tekanan di kepala yang berterusan, secara beransur-ansur dan semakin teruk
  • Gangguan penglihatan
  • Sawan
  • Muntah atau mual
  • Perubahan perangai atau perubahan personaliti

 

Metastasis di hati boleh menyebabkan:

cow443-2lg

  • Jaundis (kuning)
  • Kulit gatal atau ruam
  • Enzim terlalu tinggi di dalam hati
  • Sakit perut, hilang selera makan, loya, dan muntah-muntah

 

Metastasis ke paru-paru boleh menyebabkan:

931221905ed861278d03f963085ffe

  • Batuk kronik atau ketidakupayaan untuk bernafas dengan penuh
  • Dada X-ray yang tidak normal
  • Sakit dada

 

Tanda-tanda kanser payudara metastatik lain yang tidak spesifik adalah keletihan, kehilangan berat badan, dan kurang selera makan, tetapi ia adalah penting untuk ingat bahawa ia juga boleh disebabkan oleh ubat-ubatan atau kemurungan. Oleh itu, sekiranya anda mengalami mana-mana tanda di atas, pastikan anda terus rujuk hal ini kepada doktor anda, kerana ia mungkin lebih berbahaya dari yang anda sangka.

 

 

Sumber: http://www.breastcancer.org/symptoms/types/recur_metast , http://www.nationalbreastcancer.org/metastatic-breast-cancer

 

 

Tags
Show More

Related Articles