Azam nak kurus tu masih berjalan ke tak?
DietRez, Pakar Diet Toodia.my nak kongsikan 7 tips gaya makan untuk dapatkan bentuk badan ideal tetapi tetap mengenyangkan.
Jom try!
7 Tips Pemakanan Sihat Dan Melangsingkan Badan
Oleh DietRez
Pemakanan seimbang penting untuk memastikan anda mendapat hampir kesemua nutrien-nutrien secara semulajadi. Pastikan makanan berikut di dalam diet seharian anda:
- 1 genggam kacang atau kuaci untuk snek setiap hari.
- genggam nasi atau mee pada waktu makan. Hadkan pengambilan nasi dan mee tidak lebih dari dua kali sehari.
- 2 hidangan buah-buahan setiap hari. Setiap jenis buah mengandungi vitamin yang berbeza.
- 3 jenis sayur-sayuran setiap hari. Ubi kentang tidak di kategorikan sebagai jenis sayur.
- 3 saiz kotak mancis daging atau ayam atau ikan pada setiap hidangan waktu makan.
Hidangan dakhmalni daging - 3 hidangan sumber kalsium sehari.
*(1 hidangan kalsium = 200ml susu segar atau 125ml yogurt)
- 8 gelas air sehari(air kosong lebih baik dari air bergula atau jus buah)