Tempatan

Tidak Perlu Keluar Saman Terhadap Pemandu Tanpa Lesen, Tetapi Akan Terus Dikenakan Tindakan Mahkamah

 

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, mengeluarkan cadangan supaya pemandu tanpa lesen tidak dikenakan saman, tetapi terus dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan tersebut.

 

Memetik laporan News Straits Times, Khalid menyatakan bahawa polis akan memberi cadangan tersebut kepada kerajaan supaya ia dapat dilaksanakan.

 

Beliau berkata, sesiapa yang memandu tanpa lesen tidak sepatutnya dikenakan saman, tetapi sebaliknya berhadapan dengan tindakan undang-undang di mahkamah.

 

“Kami telah mendapati bahawa pelbagai kes kematian dan kecederaan serius dalam kemalangan jalan raya seluruh negara berpunca daripada pemandu serta penunggang yang tidak mempunyai lesen,” ujarnya.

 

Menurut Khalid, polis juga akan mencadangkan bahawa sesiapa yang membenarkan kenderaan mereka dipandu oleh pemandu yang tiada lesen juga akan menghadapi tindakan mahkamah serta-merta.

 

Tambah beliau lagi, perkara ini termasuk golongan ibu bapa yang membenarkan anak-anak mereka untuk berbuat demikian.

 

Sumber: http://www.nst.com.my/news/2016/02/129262/no-more-summonses-straight-court-unlicensed-drivers

Tags
Show More

Related Articles