Teknologi

S7/S7 Edge: Reka Bentuk Sama, Lebih Berkuasa

Tatkala Samsung menampilkan reka bentuk yang cukup berbeza tahun lepas menerusi Samsung Galaxy S6 dan Note 5, kini syarikat Korea Selatan membuat pertukaran simplistik sahaja malah mempertingkatkan lagi kuasa dalaman peranti.

Samsung mengumumkan dua peranti baru bagi suku pertama 2016 iaitu Galaxy S7 dan abangnya, S7 Edge. Seperti tahun lepas, S7 dan S7 Edge boleh dibezakan menerusi saiznya (5.1 inci bagi S7 dan 5.5 inci bagi S7 Edge) dan semestinya, paparan Edge yang lebih efektif tahun ini.

Berikut adalah 5 perkara yang anda perlu tahu sebelum merancang untuk beli S7/S7 Edge:

1. Paparan Super AMOLED dikekalkan dari tahun lepas. Namun, ia masih antara yang tercantik pada telefon pintar.

2. Prosesor telah dipertingkatkan ke Snapdragon 820 (US) dan Exynos 8890 8 Octa (seluruh dunia). Prestasi yang lebih pantas, efisyen dan jimat.

3. Megapixel kamera diturunkan daripada 16MP ke 12MP. Bagaimanapun, Samsung buktikan setiap tahun bahawa ‘bilangan megapixel’ tidak tentukan kualiti malah saiz setiap pixel memainkan peranan lebih penting. Justeru, S7/S7 Edge menggunkan saiz 1.4µm bagi setiap pixel dan ‘aperture’ f/1.7 untuk menyerap lebih cahaya berbanding f/1.9 tahun lepas.

4. Slot kad memori yang digugurkan tahun lepas telah kembali! Tidak perlu lagi terima hakikat dengan 32GB atau 64GB kerana anda boleh menambah memori sebanyak 200GB lagi!

5. Kapasiti bateri dipertingkatkan lagi. Tahun lepas, S6 (2550mah) tetapi tahun ini, S7 (3,000mah) dan S7 Edge (3,600mah). Kehadiran prosesor baru akan memanjangkan lagi temoh kegunaan kepada 1 atau 2 hari (bergantung kepada pengguna).

Lebih menarik, kedua-dua Samsung S7 dan S7 Edge akan dijual pada masa yang serentak. Dikhabarkan anda boleh membeli produk terbaru Samsung bermula pertengahan bulan Mac.

Sumber: http://www.androidauthority.com/samsung-galaxy-s7-hands-on-first-impressions-674959/

Tags
Show More

Related Articles