Antarabangsa

Pesawat Penumpang Hilang Di Kawasan Pergunungan Nepal

 

NEPAL: Sebuah pesawat yang membawa sekurang-kurangnya 21 orang penumpang telah hilang tanpa kesan di kawasan pergunungan barat Nepal.

 

Pesawat Twin Otter yang dikendalikan oleh Tara Air sedang dalam perjalanan  ke Jomsom dari Pokhara, namun tiba-tiba terputus hubungan dengan menara kawalan sejurus selepas berlepas.

 

Memetik laporan BBC News, difahamkan setakat ini bahawa dua orang penumpang adalah warga asing dan terdapat juga dua orang kanak-kanak di dalam pesawat terbabit.

 

Ketua Pengarah Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Nepal, Sanjiv Gautam, meluahkan perasaan terkejutnya kerana Twin Otter itu merupakan pesawat baru dan cuaca juga berada dalam keadaan yang baik pada waktu itu.

 

“Kami terkejut untuk mengetahui bahawa ia telah hilang,” katanya.

 

Sementara itu, usaha mencari dan menyelamat menggunakan helikopter telah dilaksanakan tetapi terjejas disebabkan keadaan cuaca yang buruk.

 

Sumber: http://www.bbc.com/news/world-asia-35647929?OCID=fbasia&ocid=socialflow_facebook&ns_mchannel=social&ns_campaign=bbcnews&ns_source=facebook

 

 

Show More

Related Articles