Antarabangsa

Penyampai Kaji Cuaca BBC Pengsan Semasa “On-Air”

Rachel ketika sedang jatuh pengsan
Rachel ketika sedang jatuh pengsan

 

LONDON – BRITAIN: “Saya minta maaf, saya akan pengsan.” Begitulah kata-kata yang keluar daripada penyampai kaji cuaca BBC, Rachel Mackley beberapa saat sebelum beliau jatuh pengsan sewaktu menyampaikan berita cuaca secara langsung di televisyen.

 

Menurut laporan, Rachel yang kini berusia 33 tahun dan ibu kepada seorang anak tunggal, pada waktu itu sedang menyampaikan ramalan cuaca di sekitar kawasan tenggara negara tersebut. Secara tiba-tiba, beliau berhenti bercakap dan jatuh tersadung ke belakang.

 

Selepas itu, kamera terus bertukar ke arah pembaca berita utama, Polly Evans dan Rob Smith yang telah memohon maaf kepada penonton akibat kejadian yang tidak diduga itu.

 

Sehubungan itu, mereka juga dilihat risau akan keadaan rakan sekerja mereka yang telah pengsan secara mengejut.

 

Para penonton juga turut meluahkan rasa risau dan prihatin mereka dengan bertanyakan keadaan penyampai kaji cuaca itu di laman Twitter rasmi BBC.

 

Kemudian, Rachel dilaporkan berada dalam keadaan yang stabil oleh jurucakap BBC menerusi Twitter mereka.

 

“Untuk pengetahuan, penyampai kaji cuaca Rachel berada dalam keadaan baik. Terima Kasih atas mesej yang diberikan,” tulis BBC di ruangan tersebut.

 

 

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/global/penyampai-berita-pengsan-ketika-siaran-langsung-1.488760

Tags
Show More

Related Articles