AntarabangsaTempatan

Bantu 10,000 Warga Syria Sambil Belajar

‘Tangisan Syria Di Bumi Jordan’ merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan oleh 12 rakyat Malaysia dengan niat membantu pelarian Syria sejak tiga tahun lalu.

Pengerusinya, Ahmad Musa Al-Nawayri Kamaruzaman mendedahkan perbadanannya beroperasi atas sumbangan daripada rakyat Malaysia dan kini mempunyai 10 kem kecil yang diduduki 80-150 warga Syria.

Beliau berkata beliau bersama rakan-rakannya akan berada bersama-sama pelarian pada hari mereka tidak mempunyai kuliah iaitu pada Jumaat dan Sabtu.

“Keperitan mereka sukar digambarkan. Musim sejuk amat dirasai. Tanpa baju sejuk atau selimut, mereka tidak boleh keluar dari kem-kem kecil mereka,” katanya.

Usaha dan kerja keras 12 individu ini tidak disia-siakan apatah lagi Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail sanggup berkunjung ke kawasan mereka serta menyalurkan sumbangan RM100,000 untuk meneruskan operasi.

Selain itu, Ahmad Musa juga merupakan pengasas bukunya, ‘Lelaki Terakhir Menangis di Bumi’, yang menceritakan pengalaman baik dan buruk yang dihadapi mangsa pelarian Syria mahupun cabaran pahit manis yang dihadapinya untuk menubuhkan perbadanan ini yang sudah pun membantu sebanyak 10,000 warga Syria.

Sumber: http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1218565

Tags
Show More

Related Articles