Sukan

Atlet Terjun Negara Muncul Sandaran Emas Utama

Atlet terjun negara terus menampilkan aksi bersemangat sekali gus menimbulkan persoalan, adakah sukan terjun merupakan peluang terbaik Malaysia raih emas Olimpik pertama?

Ketua cabaran skuad terjun semestinya anak jati Sarawak, Pandelela Rinong dan bagi acara lelaki, Ooi Tze Liang mencuri tumpuan setelah menjadi antara yang paling awal untuk mengesahkan tiketnya ke Rio.

Kontinjen negara turut diwakili Cheung Jun Hoong (satu-satunya wakil dalam 3 acara sukan terjun), Dhabitah Sabri (prospek muda terbaik negara pada usia 16 tahun) dan Ng Yan Yee (pemenang pingat emas Sukan SEA berturut-turut pada 2011, 2013 dan 2015 bagi acara 3m Synchronized Springboard.

Walaupun berdepan risiko besar, skuad terjun negara mengambil tempat dalam kejohanan pra-Olimpik iaitu Piala Dunia di Rio gara-gara wabak virus Zika di Amerika Selatan.

Tentunya fokus terarah kepada Datuk Lee Chong Wei di Rio, Brazil nanti. Namun, kemunculan atlet muda bertaraf Olimpik meletakkan sukan Terjun sebagai satu lagi sandaran pingat emas.

Cabaran Malaysia membawa pulang pingat emas pertama di Sukan Olimpik Rio akan bermula pada 5-21 Ogos, 2016.

Sumber: http://www.stadiumastro.com

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker