AntarabangsaPercutianTempatan

Air Asia Akan Menghentikan Penerbangan Antara Miri Dan Pulau Pinang Bulan Mac Ini

 

MIRI: Berkuatkuasa 2 Mac ini, syarikat penerbangan kos rendah, AirAsia Bhd akan menghentikan penerbangan seminggu empat kalinya antara Miri dan Pulau Pinang.

 

Memetik laporan The Borneo Post, Air Asia, dalam sebuah kenyataan e-mel  berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan pertimbangan yang amat teliti.

 

“AirAsia dengan dukacitanya memaklumkan bahawa selepas melakukan pertimbangan teliti, syarikat penerbangan kami akan menghentikan penerbangan empat kali seminggu antara Miri dan Pulau Pinang,” kata mereka.

 

Menurut AirAsia, penerbangan ke laluan tersebut mula beroperasi pada Mac 2014 dan mempunyai beban purata di bawah 65 peratus sepanjang tempoh ini.

 

“Usaha telah diambil untuk menjaga kelestarian laluan ini. Namun begitu, AirAsia harus menarik diri daripada laluan ini atas sebab-sebab komersial,” ujar mereka lagi.

 

Walaubagaimanapun, AirAsia memberi jaminan kepada semua pelanggan bahawa pihaknya akan terus menilai semula peluang untuk mengembalikan semula penerbangan itu sebagai pengendali laluan eksklusif tersebut.

 

“Pelanggan yang terjejas dengan penarikan laluan ini akan ditawarkan pilihan bagi mengurangkan sebarang kesulitan yang mungkin berlaku dan setiap pelanggan akan dimaklumkan melalui akaun e-mel berdaftar mereka dan juga menerusi SMS,” kata syarikat itu sambil menambah bahawa penerbangan yang terlibat adalah Miri – Pulau Pinang, Pulau Pinang – Miri – AK5527 dan AK 5528.

 

Sehubungan itu, AirAsia meminta semua penumpang yang terjejas dengan perubahan ini supaya menyimpan alamat e-mel, nombor telefon bimbit, dan juga kod negara mereka dikemaskini dalam profil ahli AirAsia mereka bagi memastikan supaya syarikat penerbangan itu dapat menghubungi dan membantu mereka.

 

Penumpang juga boleh menghubungi Pasukan Penjagaan Pelanggan AirAsia melalui Ask AirAsia di laman www.airasia.com/ask, atau www.airasia.com/id/en/e-form.page, atau Live Chat (boleh dilayari apabila telah daftar masuk menggunakan AirAsia ID anda).

 

Sumber: http://www.theborneopost.com/2016/02/24/airasia-stops-miri-penang-route-beginning-march-2/

 

 

 

 

Tags
Show More

Related Articles