HiburanPercutianTempatan

Promosi Sabah Melalui Dokumentari Berlandaskan Elemen Biodiversiti

 

KOTA KINABALU: Pengkarya tempatan dan luar negara amat digalakkan untuk sama-sama menghasilkan filem dokumentari yang mempunyai elemen biodiversiti di negeri Sabah.

 

Menurut Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, dorongan ini bertujuan untuk mempromosi Sabah sebagai sebuah negeri yang kaya dengan khazanah alam terutamanya hutan hujan tropika yang menjadi habitat atau tempat tinggal kepada pelbagai jenis spesies flora dan fauna.

 

“Masih banyak lokasi menarik di negeri ini yang sesuai dan boleh diketengahkan sebagai filem dokumentari,” kata beliau sambil memberi jaminan bahawa hutan yang menjadi khazanah ini tidak akan diganggu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

 

Musa berkata, pihaknya mahu terus mempersembahkan keindahan alam semula jadi yang terbaik di dunia supaya usaha kerajaan dalam menjaga dan mementingkan pemeliharaan hutan disedari oleh semua pihak.

 

Beliau berkata demikian selepas menonton tayangan filem dokumentari ‘Borneo Into The Wild of Sabah’ di sini, semalam.

 

Jorge Camilo Valenzuela menjadi pengarah untuk dokumentari tersebut dan ia diterbitkan melalui kerjasama antara UCSF bersama F Productions serta Mapuche Production untuk menunjukkan dan pada masa yang sama mempromosikan keindahan dan keunikan alam semula jadi di negeri itu.

 

Sehubungan itu, dokumentari terbabit dihasilkan dalam versi Bahasa Inggeris dan juga Bahasa Perancis supaya ia dapat diterima dengan mudah di luar negara.

 

Musa juga berharap agar lebih ramai pelajar daripada universit awam (UA) dan institusi pengajian tinggi (IPT) dapat bekerjasama untuk menghasilkan karya seperti itu dalam usaha melahirkan lebih ramai barisan pelapis pengkarya generasi baru di masa akan datang.

 

 

Sumber: http://www.bharian.com.my/node/127153

Tags
Show More

Related Articles