Isu SemasaTempatan

Lebih Ramai Mangsa Banjir Dapat Pulang Ke Rumah Semula

Foto The Borneo Post
Foto The Borneo Post

 

KUCHING: Berikutan bencana banjir yang melanda negara kita baru-baru ini, kini, ramai mangsa banjir telah pulang ke rumah mereka dengan selamat di bahagian Kuching, Serian dan Samarahan, lalu meninggalkan seramai 6,203 orang daripada 1622 keluarga yang berada di pusat pemindahan sehingga tengah hari tadi.

 

Awal pagi tadi, bilangan mangsa banjir berjumlah 7,177 daripada 1,822 buah keluarga, kata Pegawai Perhubungan Awam dari Jabatan Pertahanan Awam Sarawak, Siti Huzaimah Ibrahim.

 

Menurut beliau, mangsa yang tinggal ditempatkan di 36 pusat pemindahan, di mana 20 daripadanya adalah di Kuching, 12 di Serian dan 4 di Samarahan.

 

Memetik laporan The Borneo Post, pada waktu kemuncak bajir yang melanda pada hari Sabtu, sebanyak 57 pusat pemindahan telah dibuka, tetapi 21 telah ditutup sejak itu, kata Siti Huzaimah.

 

 

Sumber: http://www.theborneopost.com/2016/02/23/more-flood-evacuees-return-home/

Sumber gambar muka: http://www.bharian.com.my/node/30296

Tags
Show More

Related Articles