Antarabangsa

Kecewa Dengan Perpisahan, Wanita Mengahwini 2 Ekor Kucingnya

image (6)
Barabella, kucingnya, dan sijil perkahwinan

LONDON – BRITAIN: Barbarella Buchner, seorang wanita berusia 48 tahun telah membuat keputusan untuk berkahwin dengan kucing peliharaannya selepas hubungan cinta yang gagal bersama bekas kekasih.

 

Buchner yang bekerja sebagai pereka laman web berkahwin bersama dua ekor kucingnya yang bernama Spider dan Lugosi secara online.

 

Memetik laporan Sinar Harian, kedua-dua ekor kucing tersebut diambil pada 10 tahun yang lalu oleh Buchner dari pusat perlindungan kucing di London dan telah memelihara mereka sejak itu.

 

“Kucing adalah cinta hidup saya. Saya tidak pernah menyesal malah tidak peduli apa yang orang perkatakan,” katanya.

 

Menurut Buchner, dia pernah cuba menjalinkan hubungan dengan beberapa orang lelaki sebelum ini, tetapi semua hubungan tersebut berakhir dengan perpisahan.

 

Spider dan Lugosi memainkan peranan besar dalam hidupnya kerana membantu dirinya untuk berdiri semula dan menjalani kehidupan seperti biasa selepas kecewa dengan perpisahan hubungan 7 tahun bersama bekas kekasih.

 

“Bekas teman lelaki adalah individu yang paling penting dalam hidup saya sebelum ini sehinggalah perhubungan tersebut putus,” katanya sambil menambah bahawa perpisahan itu amat menyakitkan dan kucingnya yang membantu untuk memulihkan semula emosinya.

 

Buchner telah mengahwini kucingnya secara rasmi melalui sebuah laman web yang bernama Marryyourpet.com pada tahun 2004.

 

Antara peraturan yang perlu diikuti sebelum mendapat kelulusan adalah orang yang berkahwin dengan haiwan peliharaan tidak dibenarkan sama sekali menyakiti atau menganiaya haiwan itu dalam apa cara sekalipun.

 

Selain itu, yuran berharga 20 Pound (RM 120) perlu dibayar sebelum meneruskan perkahwinan dalam satu majlis secara online dengan menekan butang yang bertulis “I do”.

 

 

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/global/kahwin-dengan-kucing-lepas-putus-cinta-1.488295

 

Tags
Show More

Related Articles