Antarabangsa

2 Orang Perompak Tumpas di Tangan Warga Emas 81 Tahun

Gambar sekadar hiasan – Foto www.oddstuffmagazine.com

PENNSYLVANIA – AMERIKA SYARIKAT: Walaupun sudah berumur 81 tahun, seorang lelaki warga emas membuktikan bahawa usia tua hanya nombor dan tidak melambangkan kelemahan apabila beliau berjaya menggagalkan usaha dua orang perompak yang mencuri dompetnya.

Menurut pihak polis, warga emas itu telah bertindak mengejar dan juga melanggar kereta perompak tersebut sehingga remuk sebelum pihak berkuasa menahan mereka.

Menurut laporan, warga emas itu sedang berada di dalam keretanya di Mount Pocono sebelum kemunculan seorang lelaki dan wanita dalam lingkungan usia 30-an.

Sewaktu mereka berbual melalui tingkap kereta yang dibuka, salah seorang daripada perompak tersebut dengan pantas telah merampas dompetnya dan cuba melarikan diri dengan menaiki kenderaan mereka.

Memetik laporan Sinar Harian, Polis Wilayah Pocono Mountain berkata, mangsa terus mengejar kedua suspek berkenaan dan melanggar kereta mereka sehingga remuk. Pelanggaran itu telah meninggalkan kesan dan memudahkan pihak polis untuk mencari kedua-dua orang perompak itu.

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Dua orang suspek itu berjaya ditahan apabila polis menjumpai kenderaan mereka yang telah remuk itu di tempat letak kereta berdekatan kedai runcit.

Dua orang perompak terbabit
Dua orang perompak yang berjaya ditumpaskan

Kedua-dua suspek yang dikenali sebagai William Hayhurst, 34, dan Erin Van Matre, 30, bakal dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan merompak serta beberapa kesalahan lain.

Ujar polis lagi, Hayhurst dan Van Matre memilih warga emas tersebut sebagai sasaran selepas melihat mangsa membawa wang tunai di tangan ketika berada di sebuah farmasi.

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/global/warga-emas-81-tahun-tumpaskan-dua-perompak-1.488292

Tags
Show More

Related Articles