Gaya HidupPercutian

7 Perkara Yang Diperlukan Untuk Penerbangan Anda

Ini merupakan checklist wajib untuk dibawa di atas kapal terbang.

1. Wang tunai / kredit kad / IC.

Jika anda mahu pergi bercuti, barang-barang ini adalah sangat penting untuk dibawa bersama. Tetapi sekiranya anda terlupa untuk membawa IC anda, jangan risau kerana masih terdapat bentuk ID lain yang boleh anda gunakan seperti kad pelajar. Selain itu, tips lain yang sangat penting adalah anda perlu dapatkan wang tunai sebanyak beberapa ratus terlebih dahulu jika anda akan ke antarabangsa. Cuba dapatkan dompet yang boleh diisikan semua barang berharga ini.

2. Pakaian penerbangan anda

Jika penerbangan anda mengambil masa yang lama, ianya adalah lebih baik untuk memakai pakaian yang lebih selesa dan longgar. Jika boleh dapatkan stoking mampat anda bagi mengelak daripada mempunyai kaki yang bengkak apabila anda tiba di destinasi kelak. Ia juga dikenali sebagai flight socks.

3. Hiburan

Jika anda mempunyai gajet seperti tab mahupun telefon pintar, anda boleh memuat turun
filem atau rancangan TV kegemaran anda sebelum anda menaiki kapal terbang. Besar kemungkinan jika anda menaiki kapal terbang berjarak jauh, ia telah dilengkapi dengan skrin untuk hiburan atas kapal terbang. Jika anda tidak mempunyai gajet, boleh dapatkan majalah kegemaran ataupun novel untuk menghabiskan masa perjalanan anda.

4. Makanan ringan

Selain daripada dapat memenuhkan perut anda, ini juga bagus untuk jimatkan wang kerana kebanyakan makanan yang dijual di lapangan terbang adalah lebih tinggi berbanding kedai runcit rumah anda tapi jangan lupa jika anda keluar negara, lihat maklumat di negara tersebut adakah mereka membenarkan anda membawa makanan ringan tersebut. Contohnya jika anda ke Singapura, mereka tidak membenarkan anda membawa atau memakan gula-gula getah.

5. Pengecas gajet

Zaman sekarang memang sukar untuk melancong tanpa gajet elektronik. Jadi jangan lupa bawa pengecas telefon, kamera dan memori kad, dan powerbank! Jangan lupa semak soket negara yang bakal anda kunjungi. Jika boleh anda beli soket antarabangsa yang boleh digunakan dipelbagai negara.

6. Barangan Penghidratan & Ubat

Sumber: theladytravels

Tanpa disedari, berada di dalam kapal terbang dalam jangka masa yang panjang akan membuat anda terhidrasi. Oleh itu anda perlu banyak minum air masak. Di dalam beg anda, pastikan ada losyen pelembap dan pelembap bibir. Anda juga jangan lupa ubatan seperti ubat sakit perut dan paracetamol. Jika anda dilanda masalah tersalah makan, anda sudah bersedia dengan ubat yang anda sudah biasa makan di tanah air.

7. Beg plastik (Zip Lock)

Seperti dalam gambar di atas, anda memerlukan ini dengan lebih kerap dari yang anda sangka. Ia boleh digunakan untuk pelbagai perkara dan menyelamatkan barangan anda yang lain  jika botol losyen anda terbocor dan sebagainya.

 

Tags
Show More

Related Articles